PERSEDIAAN KERTAS PROJEK & SLIDE POWERPOINT SEJATI MADANI

Aktiviti terkini |24 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Jengka 4

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini dapat memperkasakan individu dengan kemahiran ICT, memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya mahir dalam kerja-kerja dokumentasi.
• Selain itu, kelas ini juga dapat memberi pendedahan mengenai format kertas kerja, penggunaan tatabahasa melayu yang betul serta memberikan pendedahan mengenai proses lengkap kertas kerja yang berkesan dari segi penulisan.
• Peserta yang menyertai kelas ini adalah Pengerusi dan Setiausaha JPKK Felda Jengka 4.
• Akhirnya, mereka berjaya menyiapkan dan menghantar permohonan untuk program “Sejati Madani” hasil daripada bantuan dan bimbingan petugas NADI Felda Jengka 4.

Tujuan :
• Memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada peserta dalam mempelajari kemahiran asas Microsoft PowerPoint bagi membantu mereka dalam menyiapkan kertas projek dan slide Sejati Madani.
• Menghasilkan generasi komuniti yang mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sesi kelas bermula pada jam 9.00 pagi – 1.00 tengahari.
• Dijalankan selama 4 jam di NADI Felda Jengka 4.
• Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada petugas NADI.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kemahiran menggunakan Microsoft Office secara asas.
• Melahirkan komuniti yang mempunyai kecekapan dan kemahiran ICT yang baik.
• Meningkatkan kemahiran menaip dan belajar pembelajaran baru iaitu menyediakan slide powerpoint.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :